I-Salleh Ben Joned (Sajak-sajak Salleh)
Kalau sampai waktu I
Kepada tuhan I akan merayu
Yakin yang I ini
Masa hidup dan mati
Melayu dan muslim sejati
I ini manusia beradab
Kepada segala tuntutan masyarakat
Kehidupan I anggap satu cabaran
Untuk mencapai idaman
Yang disahkan oleh kaum I :
Kerja senang sebagai kakitangan kerajaan
Sebuah rumah teres di Desa Jaya
Lengkap dengan mesih basuh, tv dan seorang suri
Sebiji proton saga yang dicuci setiap hari
Beretika kerja berdikari
Untuk bangsa,agama dan negara
Lapan jam sehari (Hari minggu tak kira ; hari itu I khaskan untuk mingguan perdana dan TV sepanjang hari)
I warganegara merdeka
Kemerdekaan negara kemerdekaan I
Kebebasan pada I hanya satu beban
Apa pemimpin kata I ikut saja;
Akal yang diberikan tuhan
Tak payah digunakan –
Kecuali untuk cari makan
Syurga – dunia dan akhirat-dijaminkan
Oleh sembahyang lima kali sehari
Amanah saham Rm 50 ringgit sebulan
Dan Dallas dan Dynasty
Seminggu dua kali
Keraguan dan kerinduan
Jiwa (jika ada)
I bawa berlari,berlari
Dari rumah ke pejabat
Hingga hilang segala sangsi
Dalam bunyi lantang peti tv
Tiap-tiap malam hari
Sambil ternganga tengok tv
I menjilat jari –
Begitu sedapnya ayam Kentucky
Dan I akan lebih tidak peduli
I mahu hidup begini
Seribu tahun lagi.

Shirin Neshat was born in Iran in 1957. As the daughter of a western-oriented academic family, she was sent to study in the USA at the age of 17. She settled in San Francisco in California, where she finished her art studies with an MFA at Berkeley. Neshat meanwhile decided to remain in the USA rather than return to Iran, where in 1979 the Islamic revolution under the leadership of Ayatollah Khomeini had introduced the Islamic clerical regime which still holds power in that country today. So Shirin Neshat has lived in exile in New York for almost 30 years and only been able to visit Iran on quite a small number of occasions.




-Soe Hok Gie
Kita perlu sedar,bahawa kadang-kadang dalam kehidupan,kita perlu menentang.Kita perlu melawan.Adat Melayu sentiasa mengingati kita jangan tinggikan suara kepada orang tua,sentiasa patuh,taat setia kepada pemimpin dan bermacam-macam lagi.Tapi malangnya,ini sudah tahun 2010.Bukan niat saya untuk menyuruh anda untuk menengking orang tua anda.Tetapi sebenarnya,kita harus melawan,menentang para pemerintah.Ini seruan saya.Tahukah anda siapa Taib Mahmud?Pemerintah celaka yang telah memegang Sarawak selama 30 tahun.Taib Mahmud terlalu kaya,terlalu berkuasa,terlalu ditakuti oleh rakyat Sarawak.
Selama 30 tahun Taib memerintah Sarawak,rakyat Sarawak(kecuali cucu-cucunya,keluarga terdekat,bau-bau bacang,contact member dan lain lain) seperti hidup di dalam neraka,terutamanya yang tinggal di dalam pedalaman.Ini tidak adil kerana walaupun kita sudah bangga dan bersyukur melangkah tahun 2010,masih ada keluarga-keluarga yang tidak mempunyai bekalan elektrik,air dan semua keperluan asas.Bagi saya,ini bukan sahaja situasi yang memilukan tetapi lebih kepada benci kepada seorang manusia yang makan tidak pernah kenyang iaitu yang bernama Taib Mahmud.
Mungkin berjuta rakyat Malaysia tidak kisah terhadap apa yang berlaku di Sarawak kerana who cares about Sarawak?Saya peduli!Saya kisah!Cucu-cucunya bagaikan mandi duit di Australia.Keluarganya kaya,keretanya berpuluh-puluh biji tetapi masih tidak cukup untuk dia berpuas hati.Bunyi pilihanraya Sarawak semakin kuat didengari.Mungkinkah rakyat Sarawak akan bangun?Mungkinkah rakyat Sarawak akan tetap terpedaya?Kita perlu sedar kes-kes seperti empangan Bakun,beribu hektar hutan dimusnahkan untuk kepentingan dia yang telah melenyapkan tempat tinggal masyarakat pribumi,nomad Sarawak.Kes seperti dia memindahkan tanah perkuburan kerana ingin membuat pembangunan tidak pernah disiarkan di mana-mana surat khabar mahupun portal-portal sosio-politik.Benar kata Anwar Ibrahim,Sarawak merupakan negeri terkaya di Malaysia tetapi juga mewakili negeri paling miskin penduduknya.Tetapi mengapa kaum Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan,Bidayuh,Lunbawang,Kenyah,Kelabit,Kedayan dan banyak lagi masih mengundi Taib Mahmud dan konco-konconya?Mengapa?kerana sogokan,suapan duit ketika pilihanraya menjelang.Maka,jalanraya di kota-kota besar di Sarawak akan ditampal,dibaikpulih,ditar.Kemudahan awam akan dibaiki.Sebelum mengundi,rakyat Sarawak terutamanya di pedalaman akan diberi duit supaya mengundi Barisan Nasional.
Kita tidak boleh menyalahkan rakyat Sarawak kerana mereka hanya dapat berita melalui suratkhabar,bukannya portal portal politik seperti Malaysiakini,TheMalaysianInsider,Thenutgraph dan Malaysiatoday.Tapi,rakyat Sarawak tidak pernah takut mahupun gusar.Tercatat dalam sejarah bahawa Rentap,Syarif Masahor,Abang Haji Abdillah,338 anti cession dan banyak lagi yang menentang kerajaan pemerintah pada masa itu.Bayangkan,338 kakitangan kerajaan sanggup melepaskan pekerjaan dan mogok terhadap pemerintah ketika itu.Tetapi ini sejarah,bolehkah ia berulang lagi.CAN IT BE FUCKING REPEATED?
Kesimpulannya,pilihanraya Sarawak semakin hampir.Kita perlu datang,pergi,menjenguk ke lubuk lubuk pedalaman Sarawak dan menyampaikan berita dan segala propaganda yang dicipta oleh Taib Mahmud.Kita perlu menyedari semua orang bahawa Taib itu gila kuasa,tamak haloba dan pemusnah Sarawak.Royalti minyak tidak akan masuk ke dalam tubuh badan rakyat Sarawak sebaliknya akan masuk ke dalam tubuh badan geng-geng Taib Mahmud.Sarawak perlukan revolusi.Sarawak perlukan pemimpin baru,bukannya Taib yang nazak menunggu kubur.Sehebat mana pun Taib Mahmud,dia akan mati.Percaturan kuasa akan bermula.Semua inginkan kuasa.Pada masa itulah,kucar kacir akan berlaku,percayalah.Tetapi Taib masih hidup,beruban dan gila.Giliran kita,wahai manusia,untuk menjadi Che Guevara,Stjepan Filipovic,Bung Karno,Bung Tomo,Jose Rizal,Ibrahim Haji Yaakob,Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al-Helmy.Akhir kata,Sajak Pertemuan Mahasiswa-WS Rendra sebagai peringatan mengapa kontrak,janji pemerintah,mulut-mulut manis tidak AKAN berguna!SALUT KOMRAD!SALUT SOLIDARITAS!
Kita bertanya :
Kenapa maksud baik tidak selalu berguna.
Kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlaga.
Orang berkata “ Kami ada maksud baik “
Dan kita bertanya : “ Maksud baik untuk siapa ?”
Ya ! Ada yang jaya, ada yang terhina
Ada yang bersenjata, ada yang terluka.
Ada yang duduk, ada yang diduduki.
Ada yang berlimpah, ada yang terkuras.
Dan kita di sini bertanya :
“Maksud baik saudara untuk siapa ?
Saudara berdiri di pihak yang mana ?”
Dan kita di sini menunggu,
apa tindak tanduk para fasis.
Samada baik atau buruk,
kita yang merasa sengsara.
Dapatkah anda tidur pada waktu malam?
Sementara mereka meraung kelaparan.
Dapatkah anda bangun dari tidur?
Sementara sumpah seranah mencerca dada.
Kita menjadi saksi,sekadar saksi.
Melihat zalim bapa kepada rakus,
melihat rasuah ibu kepada tipu
Kita sekadar saksi,tiada guna hanya menyaksi.
Betapa bodohnya para penguasa.
Propaganda,tipu muslihat itu makanan mereka.
Sanggup menggadai bangsanya,memarakkan api perkauman.
Diktator!Salut kepadamu!
Diktator!Terima kasih!
Diktator!Tanpa engkau,kami seperti lalang yang berjuta tumbuh tiada ditanam.
Diktator!Salut kerana telah memberi kami arti melawan.
Diktator!Kami di sini tidak mahu lagi menjadi saksi.
Diktator!Kami sudah menjadi ahli.
Diktator!Kami muak dan muntah setelah lama dan kini sudah berani
Diktator!Bisa kami mati lusa tetapi bukan esok,
Diktator!Kerana kami manusia yang ada hak dan akal fikiran.
Diktator!Pabila kau mati,kami akan terus berdiri.
Kami akan terus berdiri dan berdiri,
sehingga esok,pabila aku,menjadi,engkau.